Punca Kemurungan Klinikal Dan Langkah Untuk Mengatasinya
Kemurungan di kalangan orang dewasa dan tua adalah satu keadaan yang
semakin membimbangkan. Kenalpasti punca utama kemurungan klinikal
dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.
1 Pengenalan
Kemurungan merupakan gangguan perasaan atau emosi yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih, keletihan, cepat marah, putus harapan, hilang
semangat serta hilang minat dalam aktiviti harian. Penyakit ini perlulah
dirawat bagi mengelak daripada ia berlarutan. Menurut Puan Hajjah Kamaliah Abu
(2011), kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada
individu bukan sahaja gangguan emosi tetapi juga akan menganggu fungsi fizikal
dan interaksi sosial. Penyakit ini boleh dihadapi oleh seiapa sahaja terutama
di kalangan dewasa dan tua.
1.2 Punca
utama Kemurungan klinikal
1.2.1 Baka keturunan
Sesorang
yang mempunyai keturunan atau keluarga yang pernah mengalami kemurungan akan
turut menghidapi penyakit ini. Misalnya terdapat salah keluarga yang mempunyai
sikap merendah diri dalam masa yang panjang, amat sensitif dan suka
mengasingkan diri.
1.2.2 Peristiwa dalam kehidupan
Salah
satu punca berlakunya kemurungan adalah disebabkan peristiwa buruk dalam
kehidupan seseorang. Misalnya kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati
seperti mangsa perkosaan atau kehilangan orang yang tersayang (meninggal
dunia), yang mana pesakit tidak bersedia untuk menerima keadaan tersebut.
1.2.3 Penyakit Fizikal
Kemurungan berlaku juga disebabkan penyakit berat yang berpanjangan yang
menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri atau fungsi diri terbatas dan tidak
boleh menjalankan tanggungjawab sewajarnya. Misalnya, kemalangan yang menimpa
diri yang menyebabkan kecacatan fizikal.
1.3
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.
1.3.1 Kaunseling
Kaunseling merupakan satu langkah baik untuk mengatasi kemurungan di kalangan
dewasa dan tua. Ia bertujuan untuk memberikan kaedah atau cara-cara untuk
menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh pesakit. Dengan cara
berjumpa dengan kaunselor, pesakit dapat berkongsi masalah yang dhadapi dan
sekali gus dapat nasihat yang positif untuk mengelak daripada kemurungan yang
berlarutan.
1.3.2 Elakkan bersendirian
Elakkan
bersendirian merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan oleh setiap orang.
Kemurungan dapat diatasi dengan cara berhubung dengan orang tersayang,
rakan-rakan, saudara-mara dan sebagainya. Ia dapat membantu sesorang
mengurangkan masalah yang dihadapi, kerana terdapat perbincangan masalah dan
nasihat positif yang boleh diharap untuk mengurangkan kemurungan tersebut.
1.3.3 Rehatkan diri daripada perkara rutin
Untuk
mengurangkan kemurungan yang dihidapi, pesakit perlulah merehatkan diri
daripada perkara rutin yang dilakukan setiap hari. Dengan cara ini, ia dapat
mengelak daripada memikirkan perkara yang sama setiap hari. Di samping itu, ia
dapat menguatkan kembali daya tumpuan dan ingatan sesorang yang membawa kepada
pengurangan penyakit ini.
1.4 Kesimpulan
Oleh itu,
Kemurungan di kalangan orang dewasa dan tua perlulah diatasi sebaiknya kerana
ia boleh menganggu fungsi fizikal dan interaksi sosial. Dengan langkah-langkah
yang ada ia dapat dielak daripada terus berlarutan.
Rujukan
Isabella Moy
(2014, April 24). Psikologi: Kemurungan
dalam kalangan orang tua. Google. Daripada http://realitiseorangaku.blogspot.my/2014/04/psikologi-kemurungan-dalam-kalangan.html
Kamaliah Abu
(2011). Kemurungan-Kenali kemurungan dan tips
mengatasinya. Dipetik pada 3 November, 2015, daripada https://www.facebook.com/notes/wanita-hari-ini-tv3/kemurungan-kenali-kemurungan-dan-tips-mengatasi-oleh-puan-hajjah-kamaliah-abu-ke/270682089621740
Suraya Yusoff,
Susy Mathew, & Harol Hanam Muhammed Wahid. (2012). Kemurungan. Dipetik pada 17 Oktober, 2015, daripada http://www.myhealth.gov.my/index.php/kemurungan-warga-emas
Comments
Post a Comment