Mengapa Risiko Tabiat Pemakanan Yang Buruk Meningkat Di Kalangan Orang Tua.
Mengamalkan tabiat pemakanan yang
betul menyumbang kepada kesihatan
yang baik. Kenalpasti mengapa risiko
tabiat pemakanan yang buruk meningkat di kalangan orang tua.
3.1 Pengenalan
Tabiat
pemakanan yang buruk di kalangan orang tua semakin membimbangkan di masa kini.
Kekurangan zat makanan dari pemakanan yang tidak baik menyebabkan banyak di kalangan
mereka menghidap penyakit-penyakit kronik. Menurut Dr Rajbans (2003),
kekurangan zat makanan boleh memburukan lagi penyakit-penyakit kronik seperti
tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis. Antara punca tabiat makanan
buruk meningkat di kalangan orang tua adalah disebabkan memilih makanan,
menghidap penyakit, pemakanan tertentu mengikut jenis penyakit, kemurungan dan
kesan pengambilan ubat.
3.2 Punca
tabiat makanan buruk meningkat di kalangan orang tua
3.2.1 Memilih makanan
Memilih
makanan adalah salah satu punca mengapa tabiat makanan buruk meningkat di kalangan
orang tua. Dunia yang semakin moden ini, membawa kepada pelbagai menu makanan, hal
ini menyebabkan pemilihan makanan adalah tidak terbatas. Oleh itu, tubuh badan
di kalangan mereka kurang menerima zat yang diperlukan akibat memilih makanan.
3.2.2 Menghidap penyakit
Selain
itu, puncanya disebabkan menghidap penyakit apabila usia mereka meningkat. Maka
tidak hairanlah, ia merupakan salah satu akibat pemakanan yang buruk ketika
usia muda mereka dahulu. Penyakit yang dialami adalah seperti darah tinggi,
diabetes, sakit jantung dan sebagainya memberi kesan kepada penurunan selera
makanan dan berat badan mereka.
3.2.3 Pemakanan tertentu mengikut jenis penyakit
Tambahan
pula, ramai di kalangan orang tua yang mempunyai pemakanan tertentu mengikut
kepada penyakit yang dialami. Pemakanan yang tertentu bukanlah satu paksaan
kepada mereka, akan tetapi ia adalah satu kaedah kepada diri mereka supaya
dapat mengawal atau mencegah kesakitan yang dialami. Misalnya penyakit kencing
manis, yang mana pesakit perlulah mengurangkan pengambilan makanan seperti
nasi, roti, ubi kentang, ubi kayu, daging kambing dan lain-lain untuk mengawal
daripada memburukkan lagi penyakit tersebut.
3.2.4 Kemurungan
Seterusnya, kemurungan juga salah satu punca mengapa tabiat makanan
meningkat. Kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang biasa dialami
oleh warga tua yang mana ianya boleh terjadi disebabkan oleh masalah kewangan,
kemerosotan fizikal atau masalah sosial. Pada tahap ini, warga tua akan
kehilangan nafsu atau keghairahan dalam mengambil makanan disebabkan kurangnya
selera makan walaupun makanan tersebut merupakan makanan kesukaan mereka.
3.2.5 Kesan Pengambilan ubat
Selain itu,
puncanya adalah disebabkan ubat-ubatan yang mengubati penyakit yang memberi
kesan sampingan kepada tubuh badan. Mereka kebanyakkan makan sekadar isi perut
dan kurang mengenyangkan kerana tindak balas ubat yang diminum boleh menurunkan
selera makan. Hal ini menyebabkan tubuh badan mereka kurang menerima zat-zat
yang penting untuk kebaikan kesihatan mereka.
3.3 Kesimpulan
Oleh hal
demikan, tabiat pemakan buruk di kalangan orang tua meningkat disebabkan beberapa
faktor yang mana boleh memburukkan lagi penyakit-penyakit kronik.
Rujukan
Pemakanan warga
tua. Utusan Malaysia, Nov 11. Dipetik
pada 17 Oktober, 2015, daripada http://www.jpapencen.gov.my/pemakanan_warga_tua.html
Comments
Post a Comment