Petua Mencari 'Role Model'
Role model dapat membimbing seseorang dalam menjalin haluan baru, ketika cuba sesuatu yang baru,
atau ketika keadaan tidak menentu dalam halatuju. Bincangkan
petua untuk mencari role
model yang baik.
2.1 Pengenalan
‘Role model’
merupakan seseorang yang dijadikan contoh dari segi kelakuan, perbuatan, sifat
dan sebagainya yang ingin ditiru untuk kebaikan kepada diri sendiri dalam
mencapai hala tuju. Daripada Wikipedia mendefinisikan bahawa ‘Role model’ bermaksud
adalah orang yang dijadikan contoh atau perilakunya ditiru oleh orang lain. ‘Role
model’ perlulah mempunyai contoh yang baik agar dapat dijadikan ikutan.
Terdapat beberapa petua untuk mencari ‘role model’ yang baik antaranya ialah
berpersonaliti menarik, fokus kepada kelakuan individu, membandingkan diri
sendiri, mempunyai komunikasi yang baik dan berkeyakinan tinggi.
2.2 Petua
mencari Role model yang baik
2.2.1 Berpersonaliti yang menarik.
Menurut Kagen dan Segal (1988) personaliti
merupakan corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek
termasuklah cara berfikir, merasa, bertingkah laku, dan cara berhubung dengan
alam sekitarnya. ‘Role model’ perlulah mempunyai personaliti yang baik dan
menarik agar dapat dijadikan contoh suatu hari nanti.
2.2.2 Fokus kepada kelakuan individu
Sesorang
yang ingin dijadikan contoh atau ikutan perlulah meneliti kelakuan individu
tersebut. Jika ‘role model’ tersebut mempunyai Kelakuan yang baik, ia akan membawa
kepada arah positif atau baik dalam apa jua keadaan yang dihadapi begitu juga
sebaliknya jika kelakuan seseorang yang buruk akan membawa kepada perkara
negatif. Misalnya, berkelakuan baik, bersikap peramah, hormat-menghormati dan
sebagainya perlulah ditiru dan dijadikan ikutan kepada diri sendiri.
2.2.3 Membandingkan diri sendiri
Selain
itu, untuk mencari ‘role model’ yang baik seseorang perlulah perhatikan diri
sendiri dengan membandingkan diri mereka dengan ‘role model’ yang dipilih. Misalnya,
membandingkan dari aspek tingkah laku, cita-rasa, personaliti dan lain-lain
lagi. Hal ini membolehkan mereka dapat membaiki serba sedikit apa kekurangan
yang perlu dibaiki dalam diri mereka.
2.2.4 Berkomunikasi dengan baik
Kemahiran
berkomunikasi dengan baik perlulah ada dalam diri ‘role model’ yang dipilih.
Komunikasi penting dalam apa-apa jua perkara, dalam menyampaikan mesej yang
berguna kepada seseorang baik secara lisan mahupun secara bertulis. ‘Role model’
perlulah mempunyai komunikasi yang baik tidak kiralah berkomunikasi dalam
pelbagai bahasa atau bangsa yang penting mesej yang di sampaikan mudah ditafsir
atau difahami.
2.2.5 Berkeyakinan tinggi
‘Role
model’ yang dipilih haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi. Berkeyakinan
tinggi dalam mencapai sesuatu perkara atau bidang yang diinginkan perlulah ada
dalam diri seseorang ‘role model’, dengan ini ia sentiasa memberi dorongan
positif terhadap apa jua perkara yang akan datang atau bidang yang hendak dicapai
oleh seseorang itu.
2.3 Kesimpulan
‘Role
model’ yang hendak dijadikan contoh perlulah bersikap positif baik dari segi
kelakuan, perbuatan, sifat dan sebagainya, supaya ia dapat dijadikan ikutan
kepada diri sendiri dalam menentukan hala tuju atau sesuatu yang baru.
Rujukan
Miftahul Arifin
(2013, April 17). “Role Model” itu
penting. Google. Daripada http://masvi2n.blogspot.my/2013/04/role-model-itu-penting.html
Role Model (n.d.).
In Wikipedia. Dipetik pada 9 October,
2015, daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Role_model
Comments
Post a Comment