Kursus Kemahiran Belajar Dapat Meningkatkan Strategi Pembelajaran
‘Kursus Kemahiran
Belajar dapat menyediakan sumber bahan-bahan pembelajaran dan perkhidmatan
kepada pelajar-pelajar OUM bagi meningkatkan strategi pembelajaran dan
kemahiran menulis bersifat ilmiah’.
1.1 Pengenalan
Strategi
pembelajaran dan kemahiran menulis bersifat ilmiah dapat ditingkatkan di kalangan
pelajar OUM melalui kursus kemahiran belajar. Saya bersetuju, dengan kursus
kemahiran belajar yang diadakan untuk pelajar-pelajar, kerana terdapat banyak
manfaat yang boleh didapati daripada kursus tersebut. Misalnya, pembelajaran di
OUM pelajar-pelajar didedahkan dengan penggunaan myVLE, perpustakaan digital, kaedah
pembelajaran dan cara membuat tugasan dengan betul yang mana ianya dapat meningkatkan
pembelajaran dan kemahiran menulis bersifat ilmiah di kalangan mereka.
1.2 Kandungan
kursus kemahiran belajar yang dapat meningkatkan strategi pembelajaran dan
kemahiran menulis bersifat ilmiah.
1.2.1 Pendedahan penggunaan myVLE
Dengan
adanya kursus kemahiran belajar yang disediakan, pelajar-pelajar OUM dapat
mengenal apa itu myVLE?. ‘My Virtual Learning Environment’ (myVLE) adalah
sistem pembelajaran interatif yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang
mengambil program pembelajaran di OUM. MyVLE menghubungkan pelajar dalam
menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Dengan adanya myVLE, ia dapat
membantu pelajar-pelajar untuk menghantar tugasan secara online, dapat
berkongsi maklumat melalui forum perbincangan online, iRadio, youtube dan
sebagainya.
1.2.2 Perpustakaan digital
Selain
itu, melalui kursus tersebut pelajar dapat meningkatkan lagi aktiviti
pembelajaran mereka melalui penggunaan aplikasi perpustakaan digital yang
terdapat dalam myVLE. Dengan ini, Pelajar-pelajar mudah melengkapkan tugasan
mereka kerana terdapat banyak maklumat atau bahan rujukan tambahan dalam bentuk
modul dan CD interaktif multimedia yang boleh didapati melalui perpustakaan
digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) seperti E-Book, E-Journal dan pangkalan
data berita (Sharipah Hanon Bidin, 2004).
1.2.3 Kaedah Pembelajaran
Seterusnya,
dengan adanya kursus kemahiran belajar, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan
memanfaatkan 3 kaedah pembelajaran yang terdapat di OUM iaitu pembelajaran kendiri
tanpa bantuan daripada tenaga pengajar, pembelajaran secara bersemuka antara
pelajar dan tenaga pengajar serta pembelajaran secara atas talian yang
melibatkan penggunaan internet.
1.2.4 Cara membuat tugasan
Ramai
pelajar tertanya-tanya cara membuat tugasan terutamanya pelajar baru yang
menuntut di OUM. Dengan kursus yang diadakan pelajar-pelajar didedahkan
cara-cara membuat tugasan dengan betul mengikut kehendak soalan yang diberikan.
Di samping itu juga, pelajar-pelajar dapat mengetahui cara membuat rujukan
dengan betul mengikut format “American Psychological Association (APA)” apabila
membuat tugasan yang diberikan oleh pihak Universiti.
1.3 Kesimpulan
Oleh itu,
Kursus kemahiran belajar banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar OUM
dalam pembelajaran mereka. Oleh hal demikan, kursus seperti ini perlulah
diteruskan untuk kebaikan kepada pelajar-pelajar dalam meningkatkan strategi
pembelajaran dan kemahiran menulis bersifat ilmiah di kalangan mereka.
(347 Patah perkataan)
Rujukan
Jaafar, H. Et. al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti
Di Fakulti Pendidikan, Utm Johor. Jabatan Asas Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.1-90. Daripada http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf (2015, Oktober 10)
Md Noor Saper, Ab Aziz
Mohd Yatim, & Amelia Mohd Noor (2008, Jun 8). Modul Kemahiran Belajar 5 Domain : Satu Pendekatan. Dipetik pada 10
Oktober, 2015, daripada http://pusaka02.blogspot.my/2008/06/modul-kemahiran-belajar-5-domain-satu.html
Comments
Post a Comment