Kekangan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) OUM
Pada masa kini, kebanyakan universiti menawarkan program pembelajaran jarak jauh dan terbuka di serata dunia. Ini memberi satu peluang besar bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan tanpa perlu menghadapi masalah seperti menghadiri kelas secara bersemuka, masalah mendapatkan tempat parkir kereta dan lain-lain masalah yang berkaitan dalam kesibukan jadual bekerja. Walau bagaimanapun, pilihan pembelajaran jarak jauh dan terbuka ini tidak juga dapat memenuhi kehendak pelajar yang belajar sambil bekerja.
2.1 Pengenalan
Tidak
dinafikan lagi program pembelajaran jarak jauh memberi kekangan kepada pelajar,
yang mana kebanyakkan mereka telah mempunyai kerjaya dan keluarga
masing-masing. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut yang mana pembelajaran
jarak jauh masih tidak dapat memenuhi kehendak pelajar yang bekerja dan
belajar. Antara kekangan lain yang dihadapi oleh pelajar termasuklah masa
kuliah, lokasi pembelajaran, yuran pengajian dan pengurusan pinjaman kewangan.
2.2 Kekangan lain yang dihadapi oleh PJJ
2.2.1
Masa kuliah
Kuliah yang diadakan pada hujung minggu di Oum hanya 2 jam untuk satu
subjek. Masa kuliah perlulah dipanjangkan lagi untuk membolehkan pelajar menggunakan
masa tersebut dengan tenaga pengajar dalam berkongsi modul pembelajaran dan
cara melengkapkan tugasan. Hal ini kerana masa yang diberikan 2 jam itu,
terlalu singkat kepada pelajar untuk memahami modul pembelajaran yang
diterangkan oleh tenaga pengajar ditambah lagi dengan persoalan-persoalan yang
ingin mereka ajukan kepada tenaga pengajar
2.2.2 Lokasi
Pembelajaran.
Lokasi salah satu menjadi kekangan
kepada pelajar-pelajar semasa belajar di OUM. Walaupun terdapat banyak pusat
pembelajaran ditubuhkan, namun ia masih menjadi kekangan kepada pelajar-pelajar
untuk datang ke kelas kerana faktor pusat pembelajaran yang jauh dari kawasan
bandar. Lokasi pusat pembelajaran perlulah berdekatan dengan bandar dan
kemudahan awam supaya memudahkan pelajar-pelajar untuk datang ke kelas.
2.2.3
Yuran pengajian
Yuran pengajian di Oum antara RM 1000
hingga RM 4000 untuk satu semester. Walaupun mempunyai pendapatan sendiri,
mereka masih terbeban dengan yuran tersebut kerana pendapatan atau gaji
diterima perlu digunakan untuk keperluan lain seperti sewa kereta, rumah, bil
elektrik, bil internet, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya. Oleh itu,
yuran pengajian di Oum perlulah dikurangkan agar pelajar tidak terbeban.
2.2.4
Pengurusan pinjaman kewangan.
Selain itu, pelajar-pelajar
menghadapi kekangan dari segi masalah mengurus pinjaman kewangan. Ramai di kalangan
pelajar yang mengikuti program PJJ ini membuat pinjaman kewangan PTPTN dan
mereka terpaksa mengurus sendiri pinjaman tersebut walaupun sibuk dengan hal
kerja dan tanggungjawab masing-masing. Pihak Universiti perlulah melantik ahli
yang bertanggungjawab dalam mengurus pinjaman kewangan semasa awal pendaftaran
bagi pelajar yang ingin membuat pinjaman pengajian supaya pelajar dapat
meneruskan pengajian tanpa membimbangkan masalah kewangan.
2.3 Kesimpulan
Oleh hal demikan, pihak universiti perlulah
mempertimbangkan kehendak pelajar agar sidikit sebanyak kekangan yang dihadapi
dapat diatasi
(335 Patah perkataan)
Richard, N. (2012). OUMH
1103 Learning skills for ODL Topik: 2 Environmen Pembelajaran Online di OUM. Dipetik
daripada http://www.slideshare.net/RichardNg1/oumh1103-bm-topik-2-12189955
tq ats sharing menarik....selit sedikit kot ada mencari.Akak mengambil upah utk asgmt or repair thesis .Nak tulis thesis or edit or translate pun boleh.Bidang yg diambil meliputi MBA, bis,law ,finance eco and nursing area pun boleh.Utk penulisan nursing berkaitan reflection/evidence base study boleh.Analisis spss pun boleh.Wsp aje 0166371460 for info ya.Kot takde masa siapkan asgmt ke/kuiz ke akak bantu for PJJ only.
ReplyDelete