Langkah-Langkah Mewujudkan Matlamat Hidup.
Mewujudkan matlamat hidup membantu dalam membuat
keputusan yang mempengaruhi perancangan
hidup jangka panjang. Jelaskan langkah-langkah yang boleh diikuti
untuk mewujudkan matlamat hidup.
1.1 Pengenalan
Setiap
individu mempunyai matlamat hidup tersendiri yang mana mendorong individu
tersebut untuk terus hidup bagi mencapai apa yang dihendakinya. Menurut Dr Nazrila
Hairizan Nasir (2012), matlamat hidup ialah menetapkan apa yang ingin dicapai dalam
kehidupan seseorang dan merancang bagaimana untuk mencapainya, serta memutuskan
apa yang perlu dibuat bila harapan sesorang tersebut tercapai. Mewujudkan
matlamat hidup adalah penting untuk mendorong seseorang berusaha untuk
mencapainya. Antara langkah mewujudkan matlamat hidup adalah pemerhatian kepada
diri sendiri, senaraikan matlamat anda, bayangkan secara visual dan tumpu pada
yang khusus.
1.2 Langkah-langkah
mewujudkan matlamat hidup
1.2.1 Pemerhatian kepada diri sendiri
Dalam
mewujudkan matlamat hidup, adalah penting bagi kita untuk memerhati diri
sendiri. Dengan kata lain, kita boleh menanya diri kita sendiri iaitu apa yang
kita inginkan?, apakah cita-cita yang kita ingin capai?. Apakah harapan kita?
Dan sebagainya. Dengan ini, ia dapat memberi satu gambaran kepada diri sendiri
terhadap persoalan itu dan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh
itu, pemerhatian kepada diri sendiri adalah penting kepada seseorang individu
yang ingin mewujudkan matlamat hidup.
1.2.2 Senaraikan matlamat anda,
Salah
satu mewujudkan matlamat yang baik adalah dengan menyenaraikan matlamat
tersebut. Apabila mempunyai beberapa matlamat adalah penting untuk disenaraikan
dan disusun mengikut keutamaan. Hal ini membolehkan kita melihat dengan jelas
dan fokus kepada matlamat yang diinginkan. Menurut Dr Nazrila Hairizan Nasir
(2012), Mulakan dengan matlamat yang paling utama kerana ia membantu anda dari
berasa tertekan dengan adanya matlamat yang terlalu banyak.
1.2.3 Bayangkan secara visual
Matlamat hidup perlulah memberi gambaran
jelas kepada diri untuk mudah kita mencapainya. Kita boleh membayangkan secara
visual apa yang kita inginkan misalnya, kita mengambarkan diri kita menjadi
seorang akauntan di masa akan datang. Dengan gambaran ini, ia akan mewujudkan
satu matlamat dan dorongan kepada diri untuk mencapai gambaran tersebut.
1.2.4 Tumpu pada yang khusus,
Di
samping itu, kita perlulah menumpukan pada yang khusus dalam mencapai matlamat
hidup yang diinginkan. Penumpuhan yang tidak khusus akan menyukarkan individu
tersebut dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Misalnya, seseorang yang
ingin menjadi akauntan perlulah menumpukan kepada bidang perakaunan supaya
menjadi akauntan, jika bidang tersebut bukan perakaunan maka cita-cita yang
diinginkan sukar untuk dicapai. Oleh itu, kita perlu menumpukan kepada yang
khusus agar matlamat itu mudah kita capai.
1.3 Kesimpulan
Oleh itu,
dalam mewujudkan matlamat hidup, seseorang perlulah mengambil langkah-langkah
penting yang boleh digunakan untuk memudahkan individu itu mencapai matlamat
tersebut. Matlamat hidup seseorang perlulah jelas dan mudah dicapai agar dapat
memberi kepuasan terhadap dirinya. Matlamat hidup yang tidak jelas akan
menyukarkan individu tersebut dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
Rujukan
Nazrila Hairizan Nasir (2012). Matlamat
kehidupan. Dipetik pada 30 Oktober, 2015, daripada http://www.myhealth.gov.my/index.php/kemahiran-hidup/matlamat-kehidupan
Hara, E. M (2003).
The goals that guide us. Dipetik pada
7 November, 2015, daripada
https://www.psychologytoday.com/articles/200307/the-goals-guide-us
Comments
Post a Comment