Bagaimana Sistem Pembelajaran MyVle OUM Membantu Meningkatkan Pembelajaran..?
Kongsikan pengalaman anda dan jelaskan bagaimana myVLE
boleh membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran anda?
Hasilkan tugasan ini dalam 150-200 patah perkataan
berbentuk esei.
ok,,,,,,ni jawapan saya...hihi
4.1 Pengenalan
‘My
Virtual Learning Environment’ (myVLE) merupakan sistem pembelajaran interatif
yang digunakan oleh pelajar yang mengambil program pembelajaran jarak jauh di
OUM. Dengan kata lain, ia adalah penghubung kepada pelajar dalam melengkapkan
tugasan yang diberikan oleh pihak OUM. MyVLE banyak membantu dalam
pembelajaran, semenjak saya bergelar pelajar di OUM, salah satunya adalah
mendapatkan maklumat tambahan, perpustakaan digital dan forum perbincangan
online.
4.2 Kandungan
myVLE
4.2.1 Mendapatkan Maklumat tambahan
Melalui
myVLE ia membolehkan saya mendapat maklumat tambahan berkaitan modul
pembelajaran saya. Hal ni kerana, terdapat sumber atau maklumat tambahan yang
boleh didapati dengan mudah untuk keperluan pembelajaran iaitu melalui iRadio,
Youtube atau Website.
4.2.2 Perpustakaan Digital
Dengan
penggunaan myVLE ia memudahkan saya untuk mencari bahan rujukan yang diperlukan
untuk melengkapkan tugasan. Misalnya, Perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah
Sanusi (TSDAS) yang mempunyai sumber atau data elektronik seperti Artikal,
Jurnal, dan sebagainya. Rujuk gambar 1 Di bawah.
Gambar 1. Contoh laman Perpustakaan digital
TSDAS
4.2.3 Forum Perbincangan Online
Selain
itu, myVLE memudahkan saya untuk berbincang dengan tenaga pengajar berkaitan dengan
tugasan. Dengan adanya perbincangan secara online, ia membolehkan saya
berkongsi pendapat dan persoalan kepada tenaga pengajar hanya melalui eForum.
4.3 Kesimpulan
Oleh itu,
dengan adanya sistem pembelajaran interatif OUM iaitu myVLE ia memudahkan lagi
aktiviti pembelajaran saya semasa menuntut di sana.
(193 Patah Perkataan)
Sharipah Hanon Bidin
(n.d.). Perkembangan koleksi E-Books di
Perpustakaan Akademik : Pengalaman Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Dipetik daripada Lecture Notes Online
Website: http://repo.uum.edu.my/2307/1/s.hanon-pwork.pdf
(2015, Oktober 12).
Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital Library (n.d.). In Wikipedia. Dipetik pada 25 Oktober,
2015
Comments
Post a Comment