Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Membantu Menguruskan Kewangan Dengan Lebih Baik.
Jelaskan bagaimana kestabilan kewangan dipengaruhi oleh umur seeorang semasa memulakan
perancangan dan apakah
langkah-langkah yang boleh
diambil untuk membantu menguruskan kewangan dengan
lebih baik.
1 Pengenalan
Ramai antara
kita yang tidak membuat perancangan kewangan yang sebaiknya, tidak kira usia
muda ataupun tua. Maka tidak hairanlah ada di kalangan kita mendapat surat
amaran dan saman daripada institusi kewangan kerana gagal membayar balik
pinjaman. Perancangan kewangan adalah penting kepada kita bagi menjamin kualiti
hidup yang baik.
1.2 Bagaimana
kestabilan kewangan dipengaruhi oleh umur sesorang semasa memulakan perancangan
Di usia
muda, Walaupun mempunyai pendapatan sendiri, perancangan kewangan sebaiknya
adalah penting bagi mengelak daripada kekangan hutang di usia tua nanti.
Penggunaan kad kredit, Sewa beli rumah, kereta dan sebagainya salah satu
perancangan yang dilakukan di usia ini. Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia,
golongan di bawah umur 30 tahun, hampir 50% diisytiharkan muflis disebabkan
penggunaan kad kredit. Oleh itu, di usia muda ini perlulah bijak mengatur
kewangan demi mengelak daripada menanggung hutang akibat daripada
ketidakmampuan membayar ansuran.
Apabila umur meningkat kebanyakkan
diantara kita beranggapan negatif bahawa perancangan kewangan tidak cukup
penting untuk diberi keutamaan. Tanpa perancangan kewangan yang baik akan
memberi impak yang negatif kepada diri sendiri, misalnya yang berlaku kepada
diri seorang jutawan yang menjadi muflis.
‘’seorang jutawan yang menjadi muflis ditanya bagaimana
keadaan ini boleh berlaku.Beliau menjawab “mula-mula lambat, selapas itu
tiba-tiba” (first slowly, then suddenly)”.
(Berita
Harian 2013, m/s 10)
Maksud beliau adalah walaupun diperingkat awal status
kewangan beliau menunjukkan bahaya, tetapi beliau tidak mengambil peduli
sehinggalah status kewangan beliau menjadi parah dan tidak dapat mengambil
tindakan yang boleh menyelamatkan diri beliau.
1.3 Langkah-langkah
yang boleh diambil untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik.
1.3.1 Jangkakan perbelanjaan anda
Tidak
dapat dinafikan perbelanjaan sentiasa kita lakukan tidak kiralah barang atau
pun perkhidmatan. Perbelanjaan perlulah diatur dengan baik untuk mengelak
daripada berlakunya pembaziran dalam mengunakan kewangan. Apabila berbelanja,
kita perlulah menggunakan wang secara minima supaya wang tersebut dapat
digunakan kepada keperluan lain.
1.3.2 Kirakan pendapatan anda
Pendapatan yang diterima haruslah dikira supaya dapat mengatur
perbelanjaan yang akan dilakukan. Dengan ini ia dapat mengukur tahap kewangan
kita sama ada dapat membeli kehendak apa yang kita inginkan atau sebaliknya.
Oleh itu, dengan jumlah pendapatan yang kita ketahui, dapatlah kita mengurus
kewangan dengan sebaiknya
1.3.3 Melabur dalam saham
Selain
itu, melabur dalam saham atau amanah saham adalah salah satu cara mengurus
kewangan dengan baik. Namun setiap orang perlu mempertimbangkan penggunaan wang
mereka sewajarnya apabila melakukan pelaburan yang “sihat”. Di samping itu,
perlulah berwaspada dengan sebarang penipuan yang boleh menghancurkan kedudukan
kewangan mereka, misalnya skim cepat kaya yang diamalkan sekarang.
1.4 Kesimpulan
Perancangan kewangan yang tidak baik akan memberi kesan kepada kualiti
hidup seseorang. Oleh hal demikan, perancangan kewangan perlulah diurus dengan
baik tidak kira di usia muda mahupun tua.
Rujukan
Samsudin Jidin (2010). Penyelesaian ceti haram: Pengurusan kewangan secara sistematik. Dipetik pada 31 Oktober, 2015, daripada http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/bnm_Nota_ceramah.pdf
Kehidupan tanpa
perancangan kewangan. Berita Harian,
Ogos 3, 2013. Dipetik pada 31 Oktober, 2015, daripada http://www.abm.org.my/_repository/pdf/Kehidupan%20tanpa%20perancangan%20kewangan.pdf
Comments
Post a Comment