Perhubungan Industri



1. Pengenalan

Perhubungan industri merujuk kepada hubungan antara majikan dengan pekerja dalam alam persekitaran kerja. Di Malaysia, sistem perhubungan perindustrian terdiri daripada tiga pihak iaitu pihak majikan dan persatuan-persatuannya, pekerja dengan kesatuan-kesatuan sekerjanya dan kerajaan. Salah satu peranan penting kerajaan dalam sistem perhubungan ialah penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan perhubungan perindustrian. Undang-undang utama yang berkaitan dengan perhubungan perindustrian di Malaysia ialah Akta Pekerjaan 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perindustrian 1967.

Kesatuan Sekerja ialah suatu pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan untuk memelihara, memajukan dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi dan politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif. Kesatuan Sekerja sebagai suatu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau yang seakan-akan sama. Sebagai contoh kesatuan kerja di perkhidmatan Awam adalah Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS).

1.1 Nama organisasi


Organisasi yang dipilih dalam tugasan kali ini adalah Jabatan Pendidikan Malaysia yang mana beroperasi di Malaysia untuk memartabatkan pendidikan dikalangan pelajar-pelajar. Jabatan pendidikan di naungi oleh kementerian pendididkan di Malaysia. Organisasi ini, memberi peranan kepada guru-guru sebagai pendidik yang memberikan pendidikan diperingkat sekolah rendah dan menengah.  

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Keterangan Visi dan Misi:

Dengan adanya Visi di kementerian pendidikan ini, ia membolehkan pendidikan kepada anak muda maupun remaja dapat disampaikan dengan berkesan dan mereka boleh menjadi individu yang berilmu dan berguna untuk kebaikan negara di masa akan datang. Di samping itu, Visi ini membolehkan rakyat dalam negara akan sentiasa diberikan perhatian dengan memberikan pendidikan yang terbaik mengikut acuan sendiri dan pendidikan bertaraf global dalam negara ini, supaya boleh membawa imej negara ke arah yang lebih baik dan berwawasan. Dengan adanya Misi tersebut, setiap individu di kementerian di seluruh malaysia, akan bersama-sama berganding bahu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada individu yang bergelar pelajar supaya mereka mampu menjadi orang yang berguna di masa akan datang yang mana ia bukan sahaja menguntungkan diri dan keluarga, malah ia juga menguntungkan bangsa dan Negara.

1.2 Produk dan perkhidmatan

organisasi ini menjalankan industri pendidikan kepada rakyat dalam negara ini. Industri pendidikan merupakan industri penting dalam malaysia. Jabatan pendidikan ini mempunyai cawangan di setiap negeri dan daerah dan ditadbir oleh Kementerian pendidikan malaysia yang berpusat di wilayah persekutuan Putrajaya. Pendidikan di malaysia bermula dengan sekolah rendah, seterusnya sekolah menengah, selepas itu, ke peringkat tinggi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Kementerian pendidikan memberikan perkhidmatan pendidikan dan kokurikulem kepada individu yang bergelar pelajar. Bersesuaian dengan misi yang dibawa oleh jabatan ini, yang mana fokus utama mereka adalah memberikan pendidikan yang berkualiti dalam negara ini. Dengan adanya organisasi ini, setiap pelajar dan warga pendidik dapat meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran mereka dalam negara.

 1.3 Carta organisasi

Carta organisasi kementerian pendidikan adalah dapat dipaparkan seperti gambar dibawah :

Dalam carta organisasi kementerian pendidikan malaysia, ia diterajui oleh Menteri pendidikan iaitu Dr Radzi Jidin dan disusuli oleh timbalan-timbalannya, yang mana terbahagi kepada bahagian pengurusan, perancangan dan pembangunan, kementerian pelajaran, dan sehingalah warga pendidik iaitu guru besar dan guru-guru yang terdapat disetiap negeri di Malaysia.

1.4 Bilangan pekerja

Bilangan pekerja atau guru yang ada dalam kementerian pendidikan Malaysia adalah :

Peringkat

Jumlah

Rendah

182,587

Menengah

237,317

Jumlah

419,904

Sumber : kementerian pendidikan malaysia (date e-operasi)

Daripada jadual diatas, jumlah guru di kementerian pendidikan malaysia merangkumi 2 peringkat iaitu, peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana berjumlah 419 904 orang.

2. Penjelasan terhadap 3 perspektif

2.1 Pendekatan Unitari

Pendekatan ini menjurus kepada satu organisasi yang mempunyai satu kumpulan di dalam sesebuah organisasi. Setiap ahli dalam organisasi tersebut mempunyai minat, objektif dan kepentingan yang sama. Pihak pengurusan mempunyai hak (managerial  prerogative) yang dianggap sebagai sah dan rasional. Melalui pendekatan ini, kesatuan dilabelkan sebagai penceroboh yang boleh menyebabkan konflik dalam organisasi timbul. Rundingan secara kolektif dan perjanjian kolektif tidak diterima dan dianggap sebagai mekanisma anti sosial.

Dalam perspektif ini juga kesatuan tidak diiktiraf kerana Kesatuan adalah dikira mencabar kuasa pihak pengurusan dan akan wujud Persaingan antara pihak pengurusan dan kesatuan yang berkaitan persoalan kesetiaan dan komitmen terhadap pekerja. Oleh itu, majikan tidak menerima kehadiran kesatuan dalam organisasi mereka kerana kesatuan punca kepada wujudnya konflik.

Perspektif unitari melihat kepada setiap pihak (majikan dan pekerja) yang mempunyai matlamat atau objektif yang berbeza. Oleh itu, kewujudan konflik dianggap tidak rasional dan pembentukan kesatuan dilihat sebagai suatu yang tidak perlu.

2.2 Pendekatan Pluralistik (‘pluralistic approach’)

Organisasi terdiri daripada individu yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Dari perspektif pluralis, hubungan industri adalah satu proses pertukaran konflik kepada  peraturan. Kemudian, evolusi akan berlaku berdasarkan manifestasi konflik melalui tiga mekanisma seperti tindakan tidak langsung (indirect action), prosedur yang telah ditetapkan dan tindakan daripada industri (industrial action). Persamaan ideologi di antara aktor dalam sistem akan menjamin kestabilan dan kelangsungan muktamad sistem. Dalam pendekatan ini, majikan dan kesatuan dapat berhubung dengan  baik.Konflik dianggap sesuatu yang bagus.

Perspektif pluralistik secara ringkasnya, setiap pihak dalam organisasi mempunyai matlamat dan kepentingan yang berbeza. Perbezaan ini akan menyebabkan kewujudan konflik. Oleh itu, pembentukan kesatuan sekerja dianggap penting bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja. Perundingan kolektif adalah saluran bagi menyelesaikan perbezaan antara kedua-dua belah pihak ini.

2.3 Pendekatan Marxsis (‘Marxist approach’)

Konsep Marxsis adalah lebih kepada kawalan proses buruh. Buruh telah menjadi sebagai satu komoditi yang merupakan faktor pengeluaran. Peranan utama pihak  pengurusan ialah menukar keupayaan seseorang pekerja kepada produktiviti, untuk memaksimumkan keuntungan dan mendapatkan modal. Konsep ini membawa evolusi kepada Kesatuan Sekerja kerana pekerja mahu mereka dilayan sebagai seorang manusia dan bukan sebagai faktor pengeluran.

Secara keseluruhan, perspektif Marxist menjelaskan bahawa Konflik kumpulan ialah agen untuk membawa perubahan. Tanpa konflik, organisasi tidak akan berubah. konflik kumpulan berlaku apabila terdapat ketidaksamaan agihan ekonomi dalam masyarakat, keadaan sosial dalam masyarakat dan institusi politik wujud kerana ketidakseimbangan ekonomi dan tekanan daripada kumpulan yang dominan, konflik sosial dan politik hasil daripada konflik yang berlaku dalam masyarakat.

Akhir sekali, dalam perspektif Marxist, hubungan yang berlaku antara majikan dan pekerja boleh dilihat dari sudut pandangan sosial, politik dan ekonomi. Persekitaran perhubungan industri menjadi semakin kompleks dan dinamik dan pada masa yang sama mempengaruhi hubungan antara majikan dan pekerja. Pihak yang terlibat dalam hubungan industri perlu sedar akan nilai dan perspektif untuk setiap pendekatan. Ini bermakna majikan dan pekerja mesti berupaya untuk mengenal pasti isu, masalah dan penyelesaian dalam menangani perubahan persekitaran organisasi. Perhubungan industri tidak hanya bergantung kepada proses organisasi tetapi juga mesti bersedia untuk menghadapi perubahan ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan hubungan industri pada masa ini tidak boleh menolak untuk menghadapi globalisasi perniagaan.

3. Perbincangan terhadap 3 perspektif

Terdapat tiga perbincangan perspektif yang diamalkan di Kementerian pendidikan Malaysia yang melibatkan guru besar dan guru-guru, iaitu perspektif unitari (paternalisme), perspektif pluralistik dan perspektif marxist. Konflik atau perselisihan  yang berlaku antara pekerja perlu ditangani dengan cepat dan ia tidak seharusnya dibiarkan berlarutan. Ini kerana jika tidak terkawal, konflik dalaman akan mengganggu kesejahteraan persekitaran kerja organisasi serta boleh membantut produktiviti organisasi.  Ia  juga  boleh  mengganggu  proses  kerjasama  antara  pekerja  serta  akan mengakibatkan suasana tidak harmoni di tempat kerja. Bagi menjamin kesejahteraan persekitaran kerja dalam sesebuah organisasi, aspek pengurusan konflik adalah satu kemahiran perlu di titik beratkan dan di pandang serius. Konflik di tempat kerja adalah sudah menjadi lumrah. Ia boleh terjadi di sebabkan pelbagai punca salah satunya disebabkan perbezaan atau percanggahan pendapat antara individu berkaitan sesuatu maklumat atau tujuan, cara menjalankan tugas, perselisihan kefahaman terhadap sesuatu keterangan, fakta, faktor ekonomi, sosial dan politik dan sebagainya.

3.1 Perspektif unitari (paternalisme)

Dalam perspektif unitari (paternalisme), organisasi menganggap bahawa majikan dan pekerja mempunyai arah tuju dan nilai yang sama. Struktur organisasi mempunyai hanya satu bentuk kepimpinan yang bermaksud hanya satu pihak yang berkuasa. Dalam perspektif ini, hak mutlak pihak pengurusan diterima oleh semua dan dianggap sebagai rasional. Pendek kata, dalam sistem pendidikan di sekolah Guru Besar dianggap mempunyai kuasa yang sahih dalam hal yang berkaitan dengan cara pengurusan dan dalam membuat keputusan organisasi. Kuasa yang digunakan oleh Guru Besar untuk menyelesaikan konflik lebih bersifat autokratik dan juga boleh dikenali sebagai paksaan.

Sebagai contoh, dalam mengadakan perhimpunan di Sekolah. Guru besar berkuasa mengadakan perhimpunan jika terdapat perkara penting daripada kementerian yang ingin disampaikan kepada murid-murid di sekolah. Di samping itu, Guru besar boleh membuat keputusan berkaitan hal-hal yang melibatkan persekolahan murid, dan keputusan itu dianggap muktamad yang dapat diterima oleh guru-guru dan murid-murid. Oleh yang demikian, pihak pendidikan tidak mengiktiraf konflik dalam pekerjaan atau dengan kata lain, konflik dianggap sebagai sesuatu yang tidak rasional. Secara ringkasnya, kepentingan utama perspektif ini adalah kestabilan dan keharmonian dalam perhubungan antara Guru Besar dan guru-guru tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

3.2 Perspektif Pluralistik

kesatuan Perspektif Pluralistik (Konflik Kepentingan) Perspektif ini bertentangan dengan perspektif unitari. Dalam Perspektif pluralistik (konflik kepentingan), Guru-guru dan Guru Besar mempunyai matlamat atau arah tuju yang berbeza. Perbezaan dari segi arah tuju dan sasaran ini boleh mengakibatkan konflik dalam pekerjaan. Guru Besar mengenal pasti bahawa konflik disebabkan oleh struktur organisasi, gaya pengurusan, persekitaran kerja dan sistem pembayaran gaji atau upah. Selain daripada sebab ini, pengaruh luar yang lain juga boleh menyebabkan konflik di tempat kerja sebagai contoh, pengaruh ibu bapa, masyarakat, pengaruh sosial, pengaruh ekonomi dan lain-lain.

Dari sudut pandangan Guru besar, konflik antara guru dengan guru paling kerap berlaku, jika dibandingkan dengan konflik yang berlaku antara pentadbir dengan guru. Guru pula melihat konflik antara pentadbir dengan guru lebih kerap berlaku berbanding dengan konflik antara guru dengan guru. Namun begitu, kedua-dua pihak Guru Besar dan guru sependapat bahawa konflik yang paling kurang berlaku ialah antara pentadbir dengan pentadbir. Perbezaan pandangan tidaklah menimbulkan kontroversi kerana sebagai menyetujui pandangan Robbins (1984) dan Van de Villert (1984), konflik dilihat sebagai sesuatu yang berkaitan dengan perbezaan persepsi seseorang.

Konflik boleh diselesaikan melalui dua kaedah sebagai contoh, Guru besar tidak perlu menggunakan kuasa mereka untuk menutup sekolah tetapi sebaliknya harus membuat perundingan dan kementerian mesti membantu dalam menjelaskan apa-apa perubahan yang berlaku dalam persekitaran sekolah. Boleh dikatakan bahawa perundingan secara kolektif hanya boleh memberikan suatu penyelesaian bersifat sementara. Apa yang penting ialah Guru besar dan Guru-guru mesti berusaha untuk mengekalkan perhubungan industri yang harmoni. Dalam perspektif ini, Guru besar dapat mengenal pasti berlakunya konflik. Di samping itu, Guru Besar juga mengiktiraf kesatuan atau Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) dalam mengutarakan masalah yang berkaitan dengan kerja untuk dibawa ke meja perundingan atau mesyuarat. Perundingan secara kolektif ialah kaedah utama atau saluran utama yang membolehkan Guru besar dan CUEPACS duduk berbincang bagi mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang sedia ada. Perspektif pluralistik secara ringkasnya, setiap pihak dalam organisasi mempunyai matlamat dan kepentingan yang berbeza. Perbezaan ini akan menyebabkan kewujudan konflik. Oleh itu, pembentukan kesatuan sekerja dianggap penting bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja. Perundingan kolektif adalah saluran bagi menyelesaikan perbezaan antara kedua-dua belah pihak ini.

3.3 Perspektif Marxist

Perspektif Marxist (Radikal) melihat perhubungan yang terjalin antara Guru besar dan guru-guru dalam suatu organisasi dari sudut sosial, politik dan ekonomi. Perspektif ini memberi penekanan kepada kepentingan perubahan sosial bagi menjamin kemajuan dan pembangunan pekerjaan di Sekolah. Perubahan akan berlaku apabila wujud konflik antara kumpulan dalam Sekolah. Konflik berlaku dalam sekolah apabila terjadinya perkongsian kuasa, ekonomi dan sumber yang tidak seimbang. Sebagai contoh, jika terdapat ketidakseimbangan dalam pemberian gaji atau upah dalam kalangan guru-guru, kesatuan atau CUEPACS akan mengambil tindakan untuk menjaga kepentingan guru-guru yang terlibat dengan ketidakadilan ini yang berpunca daripada majikan.

Dalam perspektif Marxist, kesatuan atau CUEPACS dalam perhubungan industri dilihat sebagai pergerakan politik untuk membangunkan taraf pekerja. Ini kerana matlamat kesatuan adalah untuk mencapai perubahan dalam sistem ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian, perspektif ini mengatakan bahawa perhubungan industri adalah gabungan politik dan ekonomi yang dikawal selia oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan dan status guru-guru. Secara keseluruhan, perspektif Marxist menjelaskan bahawa Konflik kumpulan ialah agen untuk membawa perubahan. Tanpa konflik, organisasi atau sekolah tidak akan berubah. Konflik berlaku apabila terdapat ketidaksamaan agihan ekonomi.

4. Penilaian mengenai perspektif yang paling baik untuk organisasi yang dipilih.

Menyentuh tentang Penilaian mengenai perspektif yang paling baik dalam organisasi atau sekolah, secara umumnya, perspektif Unitari adalah paling baik. Guru Besar dan guru sependapat menyatakan bahawa gaya bersepadu dan gaya bertolak ansur selalu digunakan. Namun begitu, gaya-gaya lain yang digunakan sekali sekala meliputi gaya mengelak, menguasai dan gaya bekerjasama. Beberapa kajian lalu telah mengemukakan pandangan mereka tentang gaya pengurusan konflik yang terbaik, seperti gaya integrasi oleh Follet (1982), gaya terburuk seperti gaya memaksa (Rahim 1992 & Thomas 1979). Namun begitu, oleh kerana kajian juga mendapati kesan konflik terhadap Guru Besar dan guru adalah tinggi, maka barisan pentadbir sekolah bolehlah mengambil kira pandangan Ding (1996) bahawa gaya pengurusan konflik banyak bergantung kepada situasi yang dihadapi dan akan berubah-ubah mengikut situasi yang timbul.

Maklum balas yang diterima turut menjelaskan bahawa barisan Guru Besar selalu menggunakan beberapa pendekatan seperti matlamat kongsi bersama, bertolak ansur, memperbanyakkan sumber, pertemuan semuka dan mengenal pasti perbezaan staf, dan kesemua ini mencapai tahap kejayaan yang tinggi. Tambahan pula, sesuatu yang amat menarik dapat dilihat ialah guru besar jarang menggunakan pendekatan membawa masuk orang luar apabila mengurus konflik, dan kejayaannya di tahap memuaskan sahaja.

Guru Besar dan guru turut mengemukakan pandangan bahawa kes-kes konflik seperti yang terpendam, dirasai dan yang berlaku secara terang-terang tidak begitu ketara di sekolah rendah. Namun begitu, sebagai pentadbir beberapa kes konflik yang dinampak dapat dikesan oleh Guru besar. Judith telah mengemukakan tahap-tahap konflik seperti konflik terpendam, konflik dikesan, konflik sedar dan konflik manifestasi, Oleh itu, sebagai menyetujui pandangan Mohd Shahar (1991) maka wajar bagi Guru Besar memahami punca dan tahap konflik di kalangan stafnya, justeru mencari strategi bagi menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul di kalangan ahli organisasinya.

Oleh kerana sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai ahli-ahli yang tidak terkecuali daripada menghadapi konflik, manakala konflik dalam organisasi boleh mengancam pengurusan organisasi, maka perspektif yang dipilih dalam tugasan ini iaitu Persepektif Unitari diharap membantu barisan pentadbiran sekolah untuk menggunakan gaya dan pendekatan yang berkesan untuk menangani konflik.      

5. Ringkasan

Hubungan industri di dalam sesebuah organisasi adalah amat penting agar organisasi tersebut dapat di jalankan secara cekap dan efektif serta selaras dengan matlamatnya. Penglibatan kesemua kakitangan dari pihak atasan sehinggalah ke pihak bawahan organisasi di dalam pembuatan sebarang keputusan adalah wajar khasnya di kementerian pendidikan Malaysia. Di dalam mewujudkan hubungan kakitangan yang baik, perhubungan industri adalah amat penting di mana ia merujuk kepada hubungan di antara Guru besar dengan guru-guru di sekolah.

Terdapat tiga perspektif yang dibincangkan dalam tugasan ini. Salah satunya, perspektif unitari yang melihat kepada setiap pihak (guru besar dan guru) yang mempunyai matlamat atau objektif yang berbeza. Oleh itu, kewujudan konflik dianggap tidak rasional dan pembentukan kesatuan dilihat sebagai suatu yang tidak perlu. Perspektif pluralistik berkata setiap pihak dalam organisasi mempunyai matlamat dan kepentingan yang berbeza. Perbezaan ini akan menyebabkan kewujudan konflik. Oleh itu, pembentukan kesatuan sekerja dianggap penting bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja. Perundingan kolektif adalah saluran bagi menyelesaikan perbezaan antara kedua-dua belah pihak ini. Seterusnya, dalam perspektif Marxist, hubungan yang berlaku antara majikan dan pekerja boleh dilihat dari sudut pandangan sosial, politik dan ekonomi.

Dengan adanya Penilaian mengenai perspektif yang paling baik dalam organisasi atau sekolah, iaitu perspektif Unitari diharap dapat memberi jawapan dalam menyelesaikan konflik antara guru besar dan guru-guru di kementerian pendidikan Malaysia. Oleh hal demikian, Pihak pengurusan atau kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya memikirkan langkah-langkah yang perlu di ambil di masa hadapan bagi mengekalkan hubungan antara guru besar dan guru-guru agar keharmonian dan sebarang pertikaian dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berkesan. Hal ini penting, kerana ia dapat memartabatkan bidang pendidikan dikalangan pelajar-pelajar di Malaysia.

 Rujukan

Allen, N.J. dan Meyer, J.P. (1990). The Mesurement and Antecedents of Affective, Continuance, and Normative Commitment to the Organization. Journal of Occupational Psychology, 62, 1-18.

Cardona, P.; Lawrence, B.S.; dan Bentler, P.M. (2003). The Influence of Social and Work Exchange Relationships on Organizational Citizenship Behavior. Barcelona: IESE Business School University of Navarra. Working Paper.

Deery, S.; Plowman, D.; dan Walsh, J. (1998). Industrial Relations: A Contemprary Analysis. New York: McGraw-Hill Companies, Inc.

Godard, J dan Delaney, J.T. (2000). Reflections on the High Performance “Paradigms” Implications for Industrial Relations as a Field. Industrial & Labor Relations Review, 53 (3): 482-502.

Kochan, T.A. (2000). Communications: On the Paradigm Guiding Industrial Relations Theory and Research. Industrial and Labor Relations Review, 53 (4): 704-711.

Kreitner, R. dan Kinicki, A. (2004). Organizational Behavior, Sixth edition. Singapore: McGraw-Hill & Irwin.

Whitener, E.M.; Brodt, S.E.; Korsgaard, M.A.; dan Werner, J.M. (1998). Managers as Initiators of Trust: An Exchange Relationship Framework for Understanding Managerial Trustworthy Behavior. Academy of Management Journal, 23 (3): 513-530.

Portal kementerian pendidikan (2020). https://www.moe.gov.my/

 

Comments

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mewujudkan Matlamat Hidup.

Kekangan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) OUM

Bagaimana Sistem Pembelajaran MyVle OUM Membantu Meningkatkan Pembelajaran..?