Posts

Showing posts from 2020

Kadar Faedah "Interest Rate"

Image
  1. Pengenalan   Amalan faedah sudah lama diamalkan sejak dari zaman dahulu lagi sehinggalah kini yang mana biasa diamalkan dalam sistem perbankan konvensional . Dalam perbankan konvensional terdapat pelbagai produk yang ditawarkan dan kesemua produk tersebut boleh dikatakan mempunyai unsur riba. Produk yang ditawarkan terdiri daripada produk jangka masa pendek seperti gadaian, overdraf, pembiayaan peribadi dan kad kredit dan produk jangka masa panjang pula terdiri daripada bil perbendaharaan, saham keutamaan dan bon. Keuntungan yang diperolehi daripada perbankan konvensional adalah dalam bentuk bunga atau faedah yang mana dikenakan kepada pelanggan apabila menggunakan produk yang ditawarkan oleh institusi berkenaan. Tambahan pula, faedah yang dikenakan penting untuk memastikan institusi berkenaan sentiasa diteruskan. Dengan aktiviti faedah yang diamalkan oleh perbankan konvensional, ianya banyak memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat dan juga Negara.   2. Pandangan menge

Perhubungan Industri

Image
1. Pengenalan Perhubungan industri merujuk kepada hubungan antara majikan dengan pekerja dalam alam persekitaran kerja. Di Malaysia, sistem perhubungan perindustrian terdiri daripada tiga pihak iaitu pihak majikan dan persatuan-persatuannya, pekerja dengan kesatuan-kesatuan sekerjanya dan kerajaan. Salah satu peranan penting kerajaan dalam sistem perhubungan ialah penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan perhubungan perindustrian. Undang-undang utama yang berkaitan dengan perhubungan perindustrian di Malaysia ialah Akta Pekerjaan 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perindustrian 1967. Kesatuan Sekerja ialah suatu pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan untuk memelihara, memajukan dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi dan politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif. Kesatuan Sekerja sebagai suatu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatua