Kadar Faedah "Interest Rate"

1. Pengenalan Amalan faedah sudah lama diamalkan sejak dari zaman dahulu lagi sehinggalah kini yang mana biasa diamalkan dalam sistem perbankan konvensional . Dalam perbankan konvensional terdapat pelbagai produk yang ditawarkan dan kesemua produk tersebut boleh dikatakan mempunyai unsur riba. Produk yang ditawarkan terdiri daripada produk jangka masa pendek seperti gadaian, overdraf, pembiayaan peribadi dan kad kredit dan produk jangka masa panjang pula terdiri daripada bil perbendaharaan, saham keutamaan dan bon. Keuntungan yang diperolehi daripada perbankan konvensional adalah dalam bentuk bunga atau faedah yang mana dikenakan kepada pelanggan apabila menggunakan produk yang ditawarkan oleh institusi berkenaan. Tambahan pula, faedah yang dikenakan penting untuk memastikan institusi berkenaan sentiasa diteruskan. Dengan aktiviti faedah yang diamalkan oleh perbankan konvensional, ianya banyak memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat dan juga Negara. 2. P...